Apa itu Mary Jardin

Mary Jardin asal daripada bahasa Perancis, Mary sempena nama founder Dr. Maryam. Jardin bermaksud taman Mary Jardin adalah produk homemade bukan kilang,bukan juga krim kilo atau produk kilang oem Dr Maryam bermula dari dapurnya sendiri dan sekarang berkembang kepada kilang bertaraf GMP produk Mary Jardin menggunakan bahan natural berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya. Natural maksudnya tiada bahan kimia berbahaya hanya dari sumber tumbuh tumbuhan sahaja. Sangat sesuai untuk yang cintakan produk semula jadi, produk Mary Jardin dihasilkan dari gabungan bahan-bahan asli dan organik yang berkualiti tinggi memenuhi keperluan nutrisi kulit dan mengandungi manfaat yang sangat banyak hinggakan ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk kulit wajah tetapi juga seluruh badan, orang kata "from head to toe". Produk Mary Jardin, sangat ringkas dan mudah diaplikasi. Makanya, ia sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sibuk dengan aktiviti harian sehingga hanya mempunya

KESAN COLLAGEN TERHADAP KULIT



Membazir je makan Collagen Supplement sebab nanti semua jadi tahi!, by Dr Maryam Aziz Al Batul.

.
Waktu mula mula Maryam kongsikan yang Maryam ambil collagen supplement, inilah cemuhan yang Maryam dapat. Ramai kata membazir je makan collagen supplement. Sebabnya collagen ni adalah sejenis protein. Protein ni bila dicernakan akan jadi amino acid, habislah fungsi collagen. Begitulah anggapan ramai orang.
.
Maryam cuma nak ingatkan kadang kadang dalam ilmu sains dan perubatan ni, tak semestinya 1 + 1 = 2. Ada banyak lagi benda yang kita tak faham sebab ilmu Allah terlalu luas. Tak boleh nak memandai mandai buat kesimpulan ikut logik akal kita :) Sebabtu saintis semua buat kajian demi kajian tak berhenti henti untuk terus menggali ilmu Allah
.
Ada satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Jepun. Mereka mengkaji kesan kulit yang didedahkan kepada sinar UVB. Ternyata sinar UVB menjadikan kulit kering dan lebih cepat berkedut. Tahap kekringan kulit diuji menggunakan alat yang dipanggil corneometer. 
.
Maryam ada sisipkan gambar penemuan dari kajian saintis jepun tersebut. Graf pertama adalah tahap kelembapan kulit ketika baru nak mulakan eksperimen. Semuanya mempunyai tahap kelembapan yang sama. Kemudian sampel (tikus) dibahagikan kepada 3 kumpulan. 


.
Kumpulan 1: Tidak didedahkan kepada sinar UVB
Kumpulan 2: Didedahkan kepada sinar UVB
Kumpulan 3: Didedahkan kepada sinar UVB dan diberikan collagen supplement
.
Agak agak apa kesannya???
.
Selepas 3 minggu, Kumpulan 2 menunjukkan kekeringan kulit yang agak teruk! Kumpulan 3 juga menunjukkan kesan kulit kering tetapi masih lebih baik berbanding kumpulan 2. Kumpulan 1? Of course kulit lembap sebab tidak terdedah kepada sinar UVB.
.
Selepas 5 minggu???
.
Nampakya kulit kumpulan 3 bertambah baik lebih kurang dengan kumpulan 1! Nampaknya walaupun kulit kita terdedah kepada sinar UVB, kadar kesihatan kulit boleh menjadi baik dengan pengambilan collagen supplement.
.
Jadi anda fikirlah sendiri, agak agaknya kenapa Maryam teruskan juga ambil collagen supplement hampir 5 tahun dah?? Walaupun ramai orang kata sia sia je sebab nanti semuanya jadi najis je!
.
Maryam suka buat keputusan berdasarkan ilmu. Dan of course Maryam tak akan teruskan jika dalam tempoh 5 tahun ni Maryam tak nampak kesan positif. Kulit terasa lebih mudah diurus dan glowing berbanding bila tak amalkan collagen supplement. Dan raaaamai sangat yang tegur katanya tak percaya bila kongsikan umur sebenar. Haaa effect pengawet macam mayat firaun dah ni hahaha
.
Tapi Maryam saaaangat strict dalam bab pemilihan collagen. Sebabnya terlalu banyak collagen di pasaran yang hanya menjadi gimik marketing. Langsung tak memberi kesan.
.
Kisah sekumpulan saintis jepun ni bukanlah kisah rekaan Maryam semata mata :) Yang berminat nak baca lebih lanjut boleh rujuk Journal of Bioscience, Biotechnology, Biochemistry

"Effects of Collagen Peptide Ingestion on UV-B- Induced Skin Damage" by Midori TANAKA, Yoh-ichi KOYAMA & Yoshihiro NOMURA.

dipetik dr Fb Dr Maryam Aziz

Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk Mary Jardin 
Hubungi Alia 011-62821580 (Terus KLIK untuk Whatsapp)

Comments

  1. 1xbet korean – Claim up to $500 bonus - Legalbet
    1xbet Korean - Sign up. 1xbet korean – Register & 메리트 카지노 쿠폰 get up to 100% up to $500 bonus. 인카지노 No deposit bonus. The main advantage of this betting site 1xbet korean is that

    ReplyDelete

Post a Comment