Apa itu Mary Jardin

Mary Jardin asal daripada bahasa Perancis, Mary sempena nama founder Dr. Maryam. Jardin bermaksud taman Mary Jardin adalah produk homemade bukan kilang,bukan juga krim kilo atau produk kilang oem Dr Maryam bermula dari dapurnya sendiri dan sekarang berkembang kepada kilang bertaraf GMP produk Mary Jardin menggunakan bahan natural berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya. Natural maksudnya tiada bahan kimia berbahaya hanya dari sumber tumbuh tumbuhan sahaja. Sangat sesuai untuk yang cintakan produk semula jadi, produk Mary Jardin dihasilkan dari gabungan bahan-bahan asli dan organik yang berkualiti tinggi memenuhi keperluan nutrisi kulit dan mengandungi manfaat yang sangat banyak hinggakan ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk kulit wajah tetapi juga seluruh badan, orang kata "from head to toe". Produk Mary Jardin, sangat ringkas dan mudah diaplikasi. Makanya, ia sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sibuk dengan aktiviti harian sehingga hanya mempunya...

APA ITU SINARAN UV (UNTRAVIOLET/ ULTRAUNGU)


3 Jenis Sinaran UV yang anda perlu elak supaya kekal kulit cantik dan muda
=========================================

Ramai yang berusaha mejadikan sunblock sebahagian dari rutin penjagaan muka. Ini kerana ramai tahu bahawa matahari adalah musuh utama kulit cantik tapi ramai tidak tahu sebenarnya ada 3 jenis sinaran UV dari matahari yang boleh merosakkan kulit!

UV (ultraviolet/ ultraungu) adalah spektrum elektromagnetik dari matahari yang dipancarkan kebumi. UV dari matahari dikelaskan kepada UVA, UVB dan UVC.
UVC adalah gelombang pendek yang tidak dapat menembusi lapisan ozon, makan ia tidak sampai kepada hidupan bumi. 

UVA pula ada 2 jenis. UVA I dan UVA II. UVA merangkumi 95% dari jumlah UV yang sampai ke bumi. UVA dapat menembusi ke lapisan kulit yang lebih dalam berbanding UVB. Maka antara kesan dapat dilihat dari UVA ini adalah penuaan kulit yang cepat berbanding biasa dan juga kedutan kulit. UVA biasanya digunakan di tanning booth. Mesin untuk menghasilkan kulit 'tan' atau agak gelap yang disukai oleh 'mat salleh' berkulit putih.

UVB pula menembusi lapisan kulit yang lebih luar. UVB adalah punca utama kulit menjadi merah terbakar dan dipanggil sunburnt. Ia juga membantu dalam proses penuaan kulit.



Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda, kita perlu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Berikut adalah beberapa cara perlindungan yang boleh di amalkan

1. Kurangkan pendedahan kepada sinar matahari dengan cara duduk di dalam bangunan atau kenderaan. Pendedahan kepada UVA boleh dikurangkan dengan menggunakan cermin gelap di kenderaan atau cermin tingkap rumah. 

2. Pakaian pakaian yng menutup sebahagian besar dari kulit. Pakaian menutup aurat sudah tentulah yang terbaik!

3. Gunakan pakaian berwarna hitam atau terang yang lebih banyak memantulkan sinaran UV berbanding pakaian berwarna pastel dan cerah

4. Tenunan kain yang lebih rapat memberi lebih perlindungan berbanding kain yang nipis dan tenunan longgar

5. Boleh gunakan topi untuk melindungi muka. Wanita yang berniqab pun lebih terlindung wajahnya dan lebih selamat dari sinaran uv :)

6. Gunakan cermin mata hitam yang mempunyai nilai perlindungan UV untuk melindungi mata

7. Gunakan SUNBLOCK yang bersesuaian

RAMAI TIDAK TAHU BAHAWA TIDAK SEMUA SUNBLOCK MAMPU MELINDUNGI ANDA DARI UVA dan UVB. 



dipetik dr Fb Dr Maryam Aziz

Comments