Apa itu Mary Jardin

Mary Jardin asal daripada bahasa Perancis, Mary sempena nama founder Dr. Maryam. Jardin bermaksud taman Mary Jardin adalah produk homemade bukan kilang,bukan juga krim kilo atau produk kilang oem Dr Maryam bermula dari dapurnya sendiri dan sekarang berkembang kepada kilang bertaraf GMP produk Mary Jardin menggunakan bahan natural berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya. Natural maksudnya tiada bahan kimia berbahaya hanya dari sumber tumbuh tumbuhan sahaja. Sangat sesuai untuk yang cintakan produk semula jadi, produk Mary Jardin dihasilkan dari gabungan bahan-bahan asli dan organik yang berkualiti tinggi memenuhi keperluan nutrisi kulit dan mengandungi manfaat yang sangat banyak hinggakan ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk kulit wajah tetapi juga seluruh badan, orang kata "from head to toe". Produk Mary Jardin, sangat ringkas dan mudah diaplikasi. Makanya, ia sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sibuk dengan aktiviti harian sehingga hanya mempunya...

15 TIPS SUNSCREEN UNTUK PERLINDUNGAN DAN KEKAL AWET MUDA




Ramai dari kita yang tidak jelas tentang sunscreen. Kita beranggapan sunscreen dengan nilai SPF tinggi akan memberikan perlindungan terbaikdari sinar UV dan menjadikan kulit kita sentiasa sihat dan kekal awet muda, by Dr Maryam Aziz

Malangnya ramai dari kita tertipu dengan nilai SPF yang dicanangkan oleh pelbagai produk. Kita haruslah faham sinar UV yang wujud dan apakah sunscreen terbaik untuk melindungi kita dari sinar UV tersebut. 

SPF bermaksud Sun Protection Factor. Nilai SPF menunjukkan perlindungan yang diberikan oleh produk dari sinaran matahari. Contohnya Sunblock dengan SPF 30 akan menyebabkan anda memerlukan 30 kali ganda pendedahan kepada cahaya matahari untuk mendapat sunburnt berbanding tanpa memakai sunblock tersebut.

30 kali ganda tidak hanya membawa maksud masa. Tapi pendedahan kepada cahaya matahari mengambil kira masa, tempat, darjah kepanasan, cuaca dan banyak faktor lain. Sebagai contoh jika anda berada di padang pasir, mungkin 5 minit pendedahan kepada matahari adalah bersamaan 1 jam pendedahan matahari di kawasan musim sejuk.

Silap ramai orang adalah menyamakan nilai SPF dengan masa. Contohnya jika SPF 15 memberikan perlindungan 4 jam, maka mereka beranggapan SPF 30 memberikan perlindungan 8 jam. Kefahaman itu tidak tepat. 


=================================================================
Jom kita tengok 15 tips memakai Sunscreen yang perlu kita amalkan dan faham untuk memastikan kulit kita mendapat perlindungan total dan mengelakkan cepat tua
=================================================================

1. Sunscreen perlu dipakai 30 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari
.
2. Sunscreen disarankan untuk dipakai semula setiap 2 jam ketika terdedah kepada cahaya matahari 
.
3. US FDA mencadangkan agar maksimum SPF diletakkan pada label adalah 50+. Ini disebabkan sunscreen lebih dari SPF 50 tidak memberikan perlindungan ekstra berbanding sunscreen dengan SPF 50
.
4. Orang berkulit sensitif dan menghabiskan banyak masa di bawah cahaya matahari patut pakai sunscreen dengan sekurang kurangnya SPF30
.
5. SPF adalah ukuran kepada perlindungan dari sinar UVB dan bukan sinar UVA. Sinar UVB mennyebabkan sunburnt sedangkan sinar UVA menyebabkan penuaan kulit dan kedutan.
.
6. Sunscreen yang memberi perlindungan terhadap sinar UVA kadangkala dilabelkan sebagai "Broad Spectrum Sunscreen"
.
7. Ada dua jenis perlindungan yang terdapat di dalam sunscreen. Perlindungan fizikal atau kimia.
.
8. Zinc oxide dan titanium oxide adalah 2 bahan yang memberikan perlindungan fizikal dari sinaran UVA dan UVB dengan cara memantulkan kembali sinar UV yang sampai ke kulit.
.
9. Perlindungan kimia adalah bahan yang membentuk lapisan halus pada permukaan kulit dan berfungsi menyerap sinar UV sebelum ia sempat menembusi kulit.
.
10. Dioxybenzone dan oxybenzone adalah antara bahan kimia yang melindungi kita dari sinar UVA dan UVB.
.
11. Air dan peluh boleh menghilangkan kesan susncreen. Pastikan anda memakai susncreen semula jika berpeluh dan mengambil wudhu
.
12. Water-resistant sunscreen memberikan perlindungan lebih baik.
.
13. Jangan kedekut ketika memakai sunscreen. Pastikan lapisan susncreen yang anda pakai tidak terlalu nipis untuk mendapatkan perlindungan secukupnya. 
.
14. Sunscreen tidak patut dipakai hanya ketika panas. UVA dan UVB masih dapat menembusi awan dan kabus ketika cuaca mendung.
.
15.Anda tidak patut berasa selamat untuk beraktiviti dibawah cahaya matahari dengan hanya memakai sunscreen. Yang terbaik adalah cuba elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh lama.


dipetik dr Fb Dr Maryam Aziz

Comments