Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Kalau anda serius nak hilangkan jeragat anda, anda WAJIB tahu
punca jeragat di muka terlebih dahulu sebelum mengatasinya.
Bila dah tahu punca, senanglah anda nak selesaikan masalah ni kan. Post sebelum ini admin dah terangkan
punca-punca jeragat di muka. Anda boleh baca sebelum admin terangkan cara menghilangkan jeragat di muka dengan lebih lanjut.
Di bawah ini disenaraikan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka supaya anda tidak lagi perlu malu untuk berjumpa dengan orang atau mempunyai tahap keyakinan yang rendah disebabkan masalah jeragat. Lebih-lebih lagi jika ada jeragat dan bersekali dengan bintik hitam di muka.
6 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DI MUKA MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI
1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH
Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari 2 kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai makeup dalam jangka masa yang lama.
Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukkan sel sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
2. ALOE VERA
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:-
- Campurkan jel aloe vera dengan madu
- Biarkan selama 5-10 minit
- Lumurkan pada kulit muka
- Selepas 20-30 minit boleh bilas dengan air suam.
- Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Bukan sahaja sedap dibuat ice lemon tea, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka dengan berkesan.
Caranya ialah:-
- Potong lemon (jangan terlalu nipis)
- Gosokkan pada kulit muka(pedih kalau ada luka)
- Biarkan 10-15 minit dan bilas.
- Boleh juga dicampur dengan madu asli
4. TEH HIJAU
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit. Cara menghilangkan jeragat di muka secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.
5. OATMEAL
Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.
Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini.
6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus. Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
MARY JARDIN COLLAGEN SERUM SEMULAJADI
Ramai yang rasa putus asa, membazir duit dan redha dengan keadaan kulit muka yang berjeragat. Iyalah, dah cuba bermacam-macam produk tetapi tiada kesan. Ada yang sanggup berhabis duit pergi ke saloon kecantikan, laser namun masih tiada kesan yang memuaskan. Sebenarnya, kita tak boleh putus asa. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Yang penting kita usaha dan tawakal.
Mungkin produk itu, tak sesuai dengan kulit kita. Tapi sesuai dengan orang lain. Jadi, kita kena cuba sehingga kita jumpa dengan penawar masalah kulit kita. Tak salah pun kita nak cuba bermacam-macam produk. Yang penting kita tahu kandungan dalam produk tersebut. Jangan ada bahan yang bersifat menghakis kulit. Dikhuatiri, kulit muka kita bertambah teruk. Pastikan:-
TIADA bahan kimia terlarang
TIADA paraben
TIADA pewarna tiruan
TIADA mercury
TIADA steroid
TIDAK menghakis kulit
TIADA kesan sampingan
TIADA BAHAN MENCURIGAKAN SEPERTI PLASTIK ATAUPUN BENDASING LAIN
Selain cari produk yang lulus KKM, pastikan juga ianya Halal dan paling bagus kandungan dalam produk itu berasaskan bahan semulajadi. Anda boleh mencuba Collagen Serum Semulajadi yang pastinya lulus KKM, halal dan selamat dipakai tanpa kesan sampingan ini dari produk Mary Jardin.
KLIK SINI -
SERUM MARY JARDIN: KANDUNGAN DAN KEBAIKAN
-- >
TESTIMONI JERAGAT
Bagaimana? Mudah kan?
Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk Mary Jardin
Hubungi Alia 011-62821580 (Terus KLIK untuk Whatsapp)
Sumber: maryjardin.co
Comments
Post a Comment